Wednesday, December 29, 2010

Oh Kasut Tumit Tinggi

Dulu waktu kecik2, diri ini sangat envy bila tengok mama pakai kasut tinggi bunyi clack-clack-clack. Bila mama xde, terus cepat2 pakai kasut mama dan bawak handbag mama budget2 macam orang tua. Apa yang pasti setiap orang yang dinamakan perempuan ataupun wanita ataupun nyah sekalipun pasti pernah atau ada memiliki kasut tumit tinggi. Semua pernah merasa pakai 6inci punya tinggi. Kan? Kan? Betol kan? Betol x? Semua perempuan kena cakap betol sekarang sebab saya tanya semua!

Entry kali neh sebenarnya nak menceritakan masalah yang bakal dihadapi kalau kita pakai kasut tinggi. Macam saya - seorang penggemar wedges gila &%!# (censored) saya xkisah untuk menyeksa diri pakai kasut tinggi2. Walaupun saya pernah jatuh tergolek dek wedges yang saya pakai. Hmph! Kalau lelaki2 yang baru saja baca entry neh, anda jangan pening2 sebab wedges yang saya maksudkan tuh bukanlah cheesy wedges dari KFC. Wedges yang saya tengah cakap sekarang adalah sejenis kasut.

Saya faham, segala info dan knowledge yang saya ada patutlah dikongsi bersama *macamlah ilmu penuh satu dada* Sebab xsalah kalau saya educate semua orang lelaki dan perempuan pasal bahayanya kasut tumit tinggi atau high heels. Memang xsalah kalau anda semua nak pakai high heels tapi kena juga tau pasal neh. Janganlah nak emosi angkat semua kasut2 tumit tinggi anda sambil ngomel2 pasal saya dan buang semuanya kedalam tong sampah. Kena sekeh jugak kepala dengan husband/bf sendiri. Ingat tu! Jangan buat! Pegi letak balik kasut2 tumit tinggi korang kt rak kasut tu sekarang!

*Sila lihat info dibawah*

Credit to Washington Post

Jadi, adalah dinasihatkan supaya anda lebih berhati2 dalam memilih kasut tumit tinggi. Walaupun kadangkala ia kelihatan selesa dipakai, korang mesti jaga sebab kesannya bukan nampak dalam masa terdekat. Mungkin tua2 nanti baru rasa. Macam saya, En. Kesayangan dah xbagi dah saya bergaya dengan kasut tinggi *macam budak2 cakap* sebabnya dia risaukan keadaan saya yang selalu tergolek dan bersimpuh tahiyat akhir dibahu jalan. The most recent incident saya hampir2 terjatuh adalah hari Isnin lepas dimana waktu nak naik tangga di sebuah kedai makan, kaki neh macam xlarat je nak bukak langkah besar2 *pemalas kan?* 

Seronol bila tengok perempuan yang berjalan dengan tumit tinggi. Tapi bila fikir2 balik, xsesuai untuk posture badan dan pemilihan kasut juga kena ambil kira faktor berat. Untuk si badan agak gempal atau berisi, hati2 dalam memilih kasut sebab berat badan mempengaruhi keseimbangan badan. Lagi satu, adalah dinasihatkan untuk pilih kasut yang xlicin atau berat. Bila licin, potensi untuk anda jatuh dan mengalami kecederaan adalah lebih besar. Keleberan dan ketinggian tapak juga penting sebab tekanan anda akan tetrumpu disitu! 


No comments:

Post a Comment