Tuesday, December 28, 2010

Azam Tahun Baru?

Hmph! Inilah yang dikatakan hangat2 taik kucing. Setiap kali nak masuk tahun baru je, semua orang berlumba2 nak wat azam tahun baru. Sedangkan azam tahun baru tahun neh (2010) xpernah cuba dicapai pon *cakap untuk diri sendiri juga!* Contohnya, semua student-student berazam nak ubah jadi student yang lebih bijak. Tapi at the end of the year, haprak habuk keladak pon xtercapai. Pointer jatuh merudum lagi ada. Dulu waktu aku jadi student, macam tu jugak lah. Azam alakazam berbagai jenis. Tapi at last, bila tanya diri sendiri pasal azam, diri sendiri senyum sampai ke telinga *ngee* sebab x accomplish ape2 pon.

Jadi tahun neh, rasa macam nak wat2 lain dari yang lain. Xnak berazam lah! Boleh ke? Ye lah, asal nak tahun baru, semua tanya "What's your new year's resolutions? Resolutions hokeh! Bilangan yang lebih dari satu hokeh!

Macam mana azam2 tahun2 lalu yang terkandas di tepi jalan? Siape2 yang pernah capai semua azam yang dia dah buat untuk tahun neh sila angkat tangan dan tampil kehadapan! Let's make a deal. Apa kata semua azam2 yang belom teraccomplish untuk tahun neh, akan di 'carry forward'. Boleh ke?

Sebab apa? Sebabnya, kita kena ajar diri kita untuk berusaha lebih keras lagi. I mean banyak azam2 yang dah buat semenjak bertahun2 lamanya tuh harus dicapai secepat mungkin. For me, aku xakan berazam kearah kebendaan. Contoh seperti, tahun depan kena tukar bodykit kereta dan tambah sport rim bling2. Ataupun, tahun depan kena beli bag Coach lagi sebijik. Atau tahun depan nak kerja baru yang gaji 8ribu sebulan. Oh, no no no! Itu bukan azam namanya. Itu cita2! Azam ngan cita2 adalah two different things. Paham?

Azam could be macam neh...

Solat 5waktu xpernah tinggal.

Tingkatkan usaha, jangan malas2 lagi bekerja. No more MCs. No more ELs.

Spend banyak masa dengan keluarga. Bagi duit kat mama setiap bulan without missed. 

Tambah kawan2 so my circle boleh menjadi lebih besar lagi.

Rajin2kan diri tulis blog setiap hari without missed jugak.

....and etc.

Macam tu lah baru dipanggil azam. Bukan apa yang anda mahu, tapi apa yang mahu diperbaiki. Kerja baru, kereta baru, handbag baru atau bf baru. Bukan! Bukan! Bukan! *gerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan* Satu lagi yang anda patut buat, jangan letak perkataan 'nak' di setiap azam tahun baru *ceh, macam pakar motivasi la pulak* Kenapa? Sebab.....kalau anda letak 'nak', azam itu seperti 'nak x nak' je. Jangan letak 'nak' (contoh seperti diatas) kerana ianya akan jadi arahan untuk diri sendiri. Kalau letak 'nak', nanti yang 'nak' tuh boleh bertukar jadi 'xnak'. Betol? Bukan 'nak' je, ada banyak lagi perkataan seperti dibawah:

A big NO NO!

nak

cuba

akan

mahu


Lagi? Tolong pikir sendiri!

No comments:

Post a Comment