Wednesday, December 15, 2010

Me describes Myself

Sila kategorikan diri anda. Di manakah anda? Atau.... siapakah anda yang sebenarnya?


Sifat2 manusia yang dapat saya perhatikan adalah seperti berikut
*sambil kenyit2 mata*

SILA PILIH SALAH SATU!!!






INGAT! SATU JE TAU!



Perangai busuk yang pertama:
Slow and steady. Chillex la!

Contoh dialog:

"Ramainya orang beratur nak naik bas tuh! Kita tungguu bas lagi satu la! Xkesahlah kalau lambat sikit masuk ofis."

*

Perangai busuk yang kedua:
Bergerak pantas dalam keadaan terdesak. (Kalau terdesak je tau!)

Contoh dialog:

"Alamak, aku dah terlambat ke ofis! Apasal la harini bangun lambat plak? Xreti la nak siap2 cepat2"

*

Perangai busuk yang ketiga:
Kelam kabut dalam segenap hal. Jalan laju, makan laju, bawak kereta pon laju!

Contoh dialog:

"Aku break sejam, kene pantas ni. Terpaksa la berebut2 lif dengan semua orang! Kalau x,mesti lambat!"




Jadi, siapakah anda yang sebenarnya? Sorry! Syok sendiri pulak! Macam mana nak dapatkan respons dari anda, anda dan anda kalau saya x publicized this blog. Betol kan? Tapi xpe, xpe... Pasal hal2 publicized blog tuh, kita cakap kemudian hari. *cuba melarikan diri dari tekanan yang bakal dihadapi*

Kalau orang tanye saya, saya akan cakap saya tergolong dalam golongan yang pertama. Memang saya suka lepak dulu. Suka chillex dan sebagainya. Tapi orang macam saya neh selalu akan suffer di penghujung hari. Contoh yang mampu saya bagi *berfikir sejenak sambil ketuk2 pencil kat meja* OK! Perangai saya adalah, saya suka bertangguh *wah...dah membuka pekung di dada!* *buka pekung ya, bukan selak baju! So jangan intai2* Memang betol saya sangat mengakui yang saya sebenarnya penangguh tegar! *ada ke word 'penangguh?'*

Semalam saya basuh baju and at the same time, I've just noticed that I need to do tons and tons of laundry. Itu belom masuk acara seni origami melipat baju. Yes, semua baju harus kita lipat ya adik2 sebab saya sukakan kekemasan. Xsuka sangkut baju sebab baju terlalu banyak. Mau roboh almari tuh! *sambil mengangguk2 dan menggeleng2 kepala bercerita*

Kenapa semua ini terjadi, abang? Semua ini?? Ya! Pasal baju2 yang bertan2 dan acara melipat baju! Hish! Tolonglah jangan fikir yang ini filem Ali Setan *sambil cekak pinggang, geleng2 kepala*

"Sebabnya wahai Nina, awak tuh suka bertangguh"
*monolog sendirian*

"Dah berapa hari awak cakap nak basuh baju. Tapi xjadi2 jugak! Xgerak2 jugak!"
*monolog lagi*

"Padanlah muka! Penat weh semalam! Bangun tadi, mulut berbuih2 dengan air liur. Penat gile!" *sambung monolog lagi*

Memang sangat menyeksakan. Xtahu la sape yang xpernah nasihatkan saya. Mak bapak, atok nenek, adik pompuan dan adik laki, boyfriend sendiri dan sahabat handai dah berbuih mulut menasihati diri ini yang degil cam ape. Xpernah pon berubah2. Yang pelik nye, duit ringgit xpernah pulak nak bertangguh2. Kan best kalau perangai bertangguh2 saya ni mampu membuatkan saya bertangguh menghabiskan duit bersoping? Sedar2 duit dah beribu2 dalam account xterusik pon gaji! Bab tuh xboleh pulak bertangguh! *tengah membayangkan ayat nak bagi mama nak mintak wang ehsan sebelum gaji kering kontang*

Dah xtahu macam mana nak memperbaiki diri ini. *sob sob sob* Kadang2 tuh terasa macam sakit hati dengan perangai sendiri. Samalah time belajar dulu. Apa2 assignment pon, mesti last minute buat *win-wink* *jangan marah* Tapi last2 minute pon, my CGPA is something to be proud of. *angkat2 bahu tunjuk terel atau bangga diri*

Anda pula bagaimana? Mesti ramai yang serupa dengan saya dan mesti ramai juga yang suka bergerak maju dan pantas macam boyfriend saya. Hee. *gigles* Sorry ye sayang! Untuk itu, saya ingin membuat konklusi yang diri ini suka chillex je dan masih xmampu mengubah perangai buruk saya neh sampai bila2 pon.




P/S: Tolonglah ketuk kepala, pukul kuat2 atau tampar laju2 untuk mengubah perangai saya yang cantik molek ini!

No comments:

Post a Comment