Sunday, December 19, 2010

Period pain...Oh Period Pain!

Period pain? Oh...setiap orang (perempuan je la!) akan merasai azab ini semasa kedatangan haid. Hmm...orang laki-laki jangan baca entry ini kalau xselera makan. Tapi kadang2 orang lelaki juga layak tahu menahu pasal period pain walaupon ini bukan berkaitan dengan anda. Sebab-sebabnya adalah; lebih banyak anda tahu, lebih sayang la bakal isteri kepada anda dan lebih banyak lagi anda tahu, lebih faham la seorang lelaki itu pabila berhadapan dengan permasalahan gf atau isteri atau rakan sendiri. (Kalau xnak ambik tahu langsung pon xpe! Entry ini khusus untuk perempuan sahaja!)



Susah sebenarnya menghadapi sakit semasa haid yang akan diceritakan ni. Sebagai seorang perempuan, jarang sekali saya menghadapi masalah ini (Oh, thank God!) Jarang bukan beerti tidak pernah. Tapi kadang2. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Sakit semasa haid ni xsama dengan sakit nak bersalin. Tapi untuk orang2 berpengalaman seperti mak saya, dia cakap sakit lagi masa nak bersalin. Kiranya period pain ni macam sakit acah2 ayam kalo dibezakan dengan sakit ketika labour.

Tapi ada saja di kalangan kita yang akan amik MC kalau datang bulan. Pelik jugak lah! Kalau sakit teruk sangat, pergilah berjumpa doktor. Mungkin sakit lain ke? Xpon saja2 bagi alasan period pain sebab bos (lelaki) mengerti akan masalah perempuan setiap kali datang bulan. Kalau bos perempuan, dah lama kena sekeh kepala kalau setiap bulan nak MC bagi alasan period pain. Bukan apa, period pain ni mungkin lebih teruk pada hari kedua haid. Betol! Ini fakta dan ini juga pengalam sendiri. Hari pertama datang bulan, xde la rasa macam nak tercabut tutt! pon. Cuma rasa macam sengal2 pinggang je. Hari kedua baru la sakit datang melanda. Saya pernah berhadapan dengan kawan2 yang kalau boleh nak berguling2 kat atas lantai kalau tengah menderitai sakit datang bulan. Teruk jugak tengok tapi sangat bersyukur diri ini terselamat dari sakit macamtu.


Pernah sekali mengalami sakit yang teramat sangat. Masa tu, sakit yang terlampau sampaikan kepala berdenyut. Risau jugak kenapa sakit itu macam sangat luar biasa. Seharian meringkuk di atas katil. Memang betol, sakit itu memang buat diri ini meringkuk. Baring melentang salah, baring mengiring pon salah. Rasa nak marah diri sendiri dan orang sekeliling. Lagi satu fakta yang lelaki patut tahu, jangan la tetibe nak ajak gf/isteri sendiri berjalan2 tengok wayang makan popcorn kalau dia tengah period pain. Mau kena maki jugak kan! Boleh dikatakan semua perempuan malas keluar rumah kalau tengah period. Leceh! Lagi2 kalau tengah bertarung nyawa dengan period pain yang amat dahsyat sekali.

Jadi macam mana nak menghilangkan sakit datang bulan ni dengan begitu pantas sekali? Anda semua boleh cuba ya!
  1. Tidur meringkuk macam ulat gonggok.
  2. Telan panadol banyak2 sampai bebuih mulut (xbaik untuk kesihatan!)
  3. Suruh adik2 henyak perut sampai terkeluar usus.
  4. Maki semua orang disekeliling yang banyak sangat tanya soalan itu ini.
  5. Maki bos sendiri sebab xkesian langsung xapprove cuti.
  6. Marah dan melalak2 kat klinik sebab doktor cakap "Period pain is normal"
  7. Koyak majalah2 yang bagi cara2 nak menghilangkan period pain. Itu semua tipu!
  8. Minum air berkabonat banyak2.
  9. Duduk mencangkung selama satu jam.
  10. Lipat badan menjadi segi empat tepat.
  11. Lompat2 atas tilam sampil tepuk2 perut.
  12. Tumbuk diri sampai pengsan sebab terlalu sakit.
  13. Pasang kipas laju2 atau pasang aircond sesejuk mungkin.
  14. Makan banyak sampai muntah. Harap2 muntah sekali dengan sakit2 tu sekali.
  15. Kawad2 depan rumah atau diruang tamu sambil junjung buku atas kepala. Sambil2 tu belajar berjalan dengan posture badan yang betol!

Seriously, sakit ketika datang bulan memang amat menggerunkan setiap perempuan dan mencuakkan lelaki yang mendampingi anda. Sedarlah yang ini adalah salah satu proses yang biasa dihadapi setiap perempuan. Xde sape2 yang terlepas dari sakit ni. Xde sape2 yang xkan merasakan sakit ni. Satu perkara yang wajib tahu, xde ubat pon untuk sakit datang bulan acah2 ayam tu. Kalo hari ini adalah hari kedua anda period, esok mesti OK la tuh!

No comments:

Post a Comment