Monday, December 13, 2010

Kenapa saya sukakan Krismas?

Krismas datang lagi. Jangan terkejut ya adik2 kerana ini tidak bermakna saya mengagungkan sambutan perayaan orang Kristian seperti mana yang anda fikirkan. Boleh nampak dari sini yang kerut seribu keningnya baca tajuk entri kali ni. Ada juga yang ternganga mulut tapi tertanya2 dalam hati "Ape ke gile minah sorang neh nak cerita pasal Krismas?" Tidak mengapa anda2 semua, janganlah buruk sangka terhadap apa yang saya ingin sampaikan. *baca dalam loghat Kedah*

Cukuplah mengarut. Ingat lawak lah tuh. Hello cik Nina. You were not born to be a comedian. You were not born to be Zizan. Ha-ha *gelak sejenak* bila teringatkan En. Zizan yang kelakar nak mampos! *tolong ingatkan saya apa yang saya patut tulis*

Kenapa saya sukakan sangat Krismas? Krismas bukan perayaan besar negara tapi Krismas disambut dengan meriah sekali. Pelik jugak kenapa Hari Raya tak disambut semeriah itu sebab kalau nak di ikutkan, populasi penganut agama Islam lagi besar bilangannya dari populasi penganut agama Kristian. *yawning sebab tengah sampaikan fact yang pointless* Tapi tidak mengapalah. Siapalah saya yang nak bercakap pasal isu sensitif ni. No No No! *sambil menggerakkan jari telunjuk ke kanan dan kiri*

Ini adalah sebab-sebab kenapa saya sukakan Krismas
*sabar ya*:


Sebab Musabab #5


Dapat mengubati telinga daripada mendengar dendangan lagu JB sepanjang masa di radio. Untuk Krismas (sama juga macam Hari Raya) radio2 akan memasang lagu2 Krismas yang best. Saya amat menggemari lagu 'Last Christmas' dan lagu "Jinggle Bell, Jinggle Bell, Jinggle all the way" Tapi tetap xsuka kalo lagu2 Krismas dinyanyikan oleh JB. Ada ke???

Sebab Musabab #4


Alahai nyah! Sape xsuke Krismas! Time Krismas la kita boleh melaram sana sini. Sebab orang2 yang nak sambut Krismas neh kena beli hadiah untuk saudara mara dan rakan terdekat mereka. Jadi most of the items termasuklah baju dan macam lagi boleh dibeli pada harga yang sangat murah. Kena pulak ada YES. Memang lagi sedap lah mak2 dan makcik2 sekalian alam bersoping di SOGO. Anak2 yang soleh dan solehah tuh jangan tarik muka duduk kat rumah je! Xsalah kalau turut serta dalam acara soping Mama tuh. Silap2 kalau nasib baik, boleh la beroleh keuntungan di situ. Dapat la T-shirt sehelai atau kasut sepasang. Tak gitu???

Sebab Musabab #3


Yeay! Cuti Cuti Cuti Malaysia. Mesti la kerajaan Malaysia bagi cuti umum kepada semua rakyat jelata dan xjelata. Semua orang cuti. Tapi jangan la pulak time2 Krismas, mak ayah gatal mulut nak ajak pegi percutian ad-hoc. Xde plan ape2, tetibe "Jom pegi PD!" Sumpah benda itu adalah yang sangat bodoh kalau xbuat any reservation awal2. Bagi yang bekerja seperti saya, cuti Krismas sama saja macam cuti2 lain. Boleh tidur sampai tengahari. Anfa sefua befitu jufak fan??

Sebab Musabab #2
*sambil menggaru kepala berfikir*


Suka tengok decoration kat pusat2 membeli dan belah di sekitar Kuala Lumpur. Contohnya disini... *mestilah saya bagi contoh di OU sebab ofis sebelah OU* One Utama sangatlah awal membuat persiapan untuk Krismas. Rasanya sebulan awal kot! Biasa lah, xfikir plak apa yang OU buat? Membina bangunan ala2 English style gitu! Cantik dan memang menarik *nampak sangat selalu loitering kat OU* Kalau dulu di KLCC, difahamkan ada the tallest Christmas tree! Tapi that year, xsempat pon nak menjenggah KLCC. Xde la rasa rugi mana, tapi ramai yang cakap memang sangat tinggi pokok pine tersebut! Macam mana pulak dengan Midvalley dan juga Pavillion. Mesti meriah lah kan!

Sebab Musabab #1
*Snowflakes*





*




*




*




*




*

Seronoknya Krismas sebab dapat sama2 menyambut dengan bangsa dan agama yang berlainan! Itu semangat 1Malaysia!

*Heh! Bullshit la Nina!*




*


Seronoknya Krismas sebab kalau kat negara kat northern hemisphere bumi da turun salji. Tapi sebab kat Malaysia xde salji, mak ayah dulu bawaklah anak2 dia ke Mines Wonderland *betolkah ejaanku?* for a direct exposure. Kesian kan! Ingat lagi dulu betapa jakunnya semua adik beradik dan sepupu sepapat bila sampai kat Mines Wonderland. Rupanya kat Genting Higlands pon ada something like Mines ada (sebab Mines punya tengah direnovated) Kalau anak2 tuan2 dan puan2 bising2 dan tidak langsung berhenti bercakap pasal salji atau Puteri Salju, silalah berkunjung ke Genting. Let them know yang kat atas bumbung tuh, ada ramai workers tengah sagat (something like 'parut') ais kat atas tuh. Suruh mereka bayangkan ada sebuah mesin ais kacang yang besar kat atas tuh tengah buat salji dan kalau ada anak2 yang cakap besar atau yang xmensyukuri kelahirannya sebagai Malaysian dan bukan American, sila arahkan anak itu untuk tidak memakai apa2 sweater ataupon cardigan pabila masuk ke rumah salji tersebut. Biar je mereka merasakan betapa sejuknya di dalam tu, itu belom di obersea! Ramai jugak rakan taulan yang sedang melanjutkan pelajaran di obersea sibuk dok mengupload gambar2 terbaru bertajuk "It's now snowing in bla... bla... bla... " *iri hati disitu* Agak menyampah jugak dengan kejakunan mereka semasa first year disana. Auw! Please lah, mak xheran pon OK dengan salji yang turun. Mak sangat2 bersyukur berada di Malaysia sekarang sebab kat sini xde ribut salji!

***THE END***

No comments:

Post a Comment