Friday, December 10, 2010

I want that! Yes, that!

Friday! It's Friday bebeh!

Sangat suka kerana hari ini adalah hari Jumaat. Esok cuti. Yeah! Yeah! Yeah! (3x Yeah! disitu menunjukkan diri ini sangat menantikan weekend menjelma) Sape yang xsuka weekend kan? Tipu lah kalo anda2 semua xsuka weekend.

OK *telling myself* Enough said, Nina! Xhabis2 dengan weekend. Sebenarnya, hati ini nak menulis pasal kejadian yang berlaku tadi. Tapi asek melencong je kesana sini sebab malu sangat nak menceritakan satu benda bodoh yang terjadi. *blushing* Konfem lepas u ol's bace, u ol's akan cakap nyah ni bodoh! Yes! Betol, betol, betol! Bodoh disitu OK! Pfft!!!!

Baiklah, baiklah, baiklah....kelihatan bf sendiri sedang menghela nafas memikirkan bile lah saye akan memulakan cerita. Beliau juga kelihatan sangat bosan disitu membace setiap apa yang sedang saya merepek. *darah gemuruh sebab ingin mendedahkan kebodohan diri*

Begini lah kisah..........*macam bersyair sket*

Sesampai nye di ofis, tekak terase kering semacam. Waktu tuh otakku dipaksa berpikir sejenak. *berkata2 di dalam hati* Kalau minum air masak (plain water untuk sesape yang xpaham BM) OK je. Tapi air masak rasa xsedap. Rasa plain je! (ye la mangkuk!) Kalau minum air emmmm..... air emmmm... ha! Kalau minum Nescafe OK pe! Sedap tuh dah tentu, hilang mengantuk lagi satu *eceh...macam pantun pulop!*

Lalu, ku berjalan terus meluru ke vending machine kat pantry belakang tuh. Tapi....bukan2! Mula2 pegi ke pantry depan tuh dulu. Alasan, sebab vending machine belakang tuh cerewet nyah. Duit buruk2, duit renyuk2 xpandang lah! Nak je cakap kat mesin tuh, ko ade mate ke??? Nan hado kan? Tapi kalau nak amik duit orang, kemain lagi ye! Tau la ko jual air sedap2.

Jadi sampai saje di vending machine kt pantry depan tuh, cube2 la masukkan RM1 note yang ada. Saje je nak testing sebab mesin depan xsecerewet macam mesin belakang (ala kuci kuci! cayang mesin depan!) Pelik sekali pabila mesin depan menerima RM1 note dengan seadanya. Dalam hati berkata2, harap2 mesin belakang terima juga! Lever dipulas untuk mintak balik duit RM1 dari mesin depan. Kirenye mesin depan tuh macam QA QC la. Kalau mesin depan pon tole nak menerima duit RM1 yang xseberapa cun, makanya mesin belakang apatah lagi. Belom masuk da diludah duit tuh! Punyalah belagak mesin belakang tuh, cik Kiah oi!

Pabila mesi depan da memulangkan duit ku, aku bergegas terus ke mesin belakang. Dalam hati, seronok xterhingga dan berdoa agar mesin belakang tidak cerewet hari ni. *Thank God! Ooo La La!* Mesin belakang terima juga wang singgit ku yang xseberapa cun tuh. Almaklum la, manusia pon xnak yang tua lagi bekedut2. Sama la juge dengan vending machine di ofisku.

Aku mula memasukkan duit syiling (bukan siling OK! tapi syiling! perhatikan ejaan ku adik2!) Dah telan singgit, kene la lagi tabahkan diri tambah 80sen sebab air Nescafe yang diinginkan beharga RM1.80. Sila kira dalam kepala. Jangan malas plz!

Ketang! Ketung! Ketang! Ketung! Coins ku ditelan mesin cerewet tuh. Tetibe telinga ini menangkap bunyi yang kurang enak. Dalam hati nurani berfikir, Haih! xkan la ko xnak terima duit syiling aku pulop! Seraya dengan itu, aku membongkokkan badan untuk meraba2 di dalam coins slot tuh. Tengah kusyuk menggagau2 dalam coins slot tuh, ada tercetus satu bunyi yang memeranjatkan. Sape xmelatah beb! Aku xde pulak tekan mane2 button, tapi kenapa dah keluar satu tin air kat bawah tuh? *garu2 kepala dan mengumpul idea untuk berfikir*

Terfikir jugak, xkan la mesin tuh dah taw ape yang diinginkan. Hamboi! Canggih sungguh vending machine zaman sekarang. Pasang niat je! *Auw! That's so cliche Nina!*

Lalu tangan ini mencapai setin air tuh. Mula la hati tertanya2, kenapa tin ye xsame dengan tin Nescafe kegemaran ku??? Pilu rasa hati pabila tersedar akan label tin tersebut, "F&N Oren" dan kaler tin yang glaring dalam anak mataku membuatkan hati terasa ingin memaki hamun mesin tersebut. Salah aku kah? Tapi xberani la pulak maki vending machine.

Waktu berjalan pulang ke meja sendiri, otakku berfikir semula. Macam mana semua ini terjadi? Mengapa semua ini berlaku pada hari Jumaat ini? Dan aku begitu kempunan untuk menghirup Nescafe sejuk lagi berkrim itu. Mengapa? Kenapa? Tetiba ada sebuah mentol menyala Ting! di atas kepala ku (of course dalam kepulan2 awan berbicara atau speech bubble) Mungkin semasa aku membongkokkan diriku menjadi nenek kebayan tuh, kepala ku menekan button "I want that, yes that F&N Orange" Shite! Fcuk French Connection UK! Geram nye. Yeah! Sangat geram bila memikirkan kebodohan diri sendiri! Terasa seperti mahu menampar2 muka sendiri sebab terlalu bodoh.

Melangkah masuk ke ofis, colleague ku bertanya, "Aik, nape beli air oren?" Sebelum dia membebel lagi panjang, terus aku explain yang sebenarnye diri ini seorang bodoh. Tanpa menjaga hati kecil ini, dia terus gelakkan aku. Auw...begitu sadis sekali ya! Kenapa aku digelakkan??? Oh No! Tadi pon aku ceritakan kepada Mr. Ehem dan dia pon tergelakkan aku. Damn! Damn! Dammit!

No comments:

Post a Comment