Tuesday, December 21, 2010

Bunyi-bunyian zaman sekarang *jeng-jeng-jeng*




Hari ini saya akan mempersembahkan satu entry tentang bunyi-bunyian zaman sekarang yang paling 'in' sekali yang mana ia digunapakai di merata2; contohnya di FB atau kalau anda amatlah rajin memnyemak blog rakan2 anda, anda mesti akan jumpa dengan bunyi2 seperti dibawah ini. Kalau rakan2 anda xpakai bunyi-bunyian seperti dibawah ini, itu bermakna dia seorang yang ketinggalan zaman. Hah???

  1. tehee : gelak manja atau dalam erti kata lain gelak galak
  2. pfft : semburan air liur. Ingat comel? Cubalah!
  3. ngee : ini sama dengan emoticon yang senyum sampai ketelinga tuh.
  4. hahaha : gelak besar (sesuai dengan orang yang cakap besar)
  5. hehehe : gelak malu2 (sesuai dengan orang yang sedang berdating)
  6. hihihi : gelak sopan (sesuai dengan orang yang xtahu malu)
  7. psst : ajakan untuk mengumpat
  8. wink : kenyit2 mata gatal (orang2 tua2 gatal suka buat wink-wink)
  9. muah : memberi ciuman terbang
  10. euw : hanya orang gedik2 saja yang mengerti!
  11. hmph : bunyi bila seseorang itu mengeluh atau sedang menghela nafas panjang.
  12. sigh : lihat "hmph"
  13. err : seorang gedik yang sedang teragak-agak
  14. emm : sedang berfikir kononnya
  15. tralala : sedang humming atau nyanyi kuat dengan gembiranya
  16. shhh : sambil meletakkan satu jari di mulut/nak shoo shoo
  17. sob : sedih dalam gatal
  18. LOL : lihat "hahaha"
Sekian. Ini sahaja yang dapat dikupas hari ini *pfft*


No comments:

Post a Comment