Friday, September 17, 2010

Hari Raya

Hi kawan2,


Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni punye raya, memang 'seronok'... tersangat 'seronok'. Dah dua tahun saya beraya tanpa kerja, tahun lepas masih lagi bekerja. Tahun ni pon dah bekerja tapi gaji yang saya dapat mungkin tidaklah mencukupi untuk memberi duit raya. Sebelum raya, saya sempat pulang ke kampung halaman dan sempat bersembang2 dengan atok. Atok dah remind, bagi duit raya.


Raya tahun ni, memang xde peruntukkan untuk duit raya dan juga baju raya. Tapi sempat jugak aku bershopping (xsakan mana) kat Jalan Masjid India tu. I bought a few tudung and a pair of wedges. That's all for my raya. Memang plan nak saja pakai baju lama tapi bila sampai rumah mama, mama keluarkan satu beg plastik yang dalamnya ada dua helai baju kurung. Masa tu, saya dapat merasakan senyum saya meleret sampai telinga. Mama kesian tengok anak2 ye xde baju baru untuk raya. Lagipun, dah lama mama xbagi saya baju raya yang baru (ni la yang paling xseronok bila dah besar)


Sampai saja di kampung, atok dah 'chup' saya untuk kemas rumah dia. Tok memang macam ni. Every year, saya saja orang yang dia harapkan untuk mengemas dan mem'vacuum' rumah. Penat tu! Tensi pon ada jugak bila semua orang lepak je. Tapi aku kena vacuum la...lap perabot la...masukkan kuih dalam bekas la...dan bla..bla..bla.. Atok suruh saya buat semua2 neh dari hari puasa terakhir tapi saya cakap saya xlarat. Saya janji nak buat semua2 ni di pagi raya dan akhirnya selesai jugak akhirnya.


Pagi raya bermula dengan rutin yang biasa - bermaaf-maafan sesama sepupu sepapat, mama dan ayah, tok dengan wan, makcik2 dan pakcik2 dan kawan2. Dah boring dah wat semua2 ni. Macam biasa la, mesti ada orang yang syahdu lebih di pagi raya (termasuk aku)


Hari2 selepas raya resumes as normal. Sempat lagi saya dan boyfie dan sepupu sepapat menjengguk Padang Besar. Tapi ia sangatlah dan amatlah mengecewakan hati nurani. Orang ramai macam kat Pavillion tu haa! Harga barang2 yang ntah apa2 tuh melambung macam kat Pavillion. Mungkin penjual2 di situ ingin mengambil kesempatan sempena Hari Raya. Baru terfikir nak beli satu Hermes replica handbag. Tapi malangnya, harga replica handbag saja sudah mencecah ribuan ringgit. Bila ditanya, macam2 alasan diberi. Diperbuat dari kulit kambing la...ini la...itu la...Memang karut dan tersangatkah karut semua2 itu.


Balik dari Padang Besar kami terus ke Pacific (ala2 Midvalley kalo di Kolompo) LOL. Kami ke sana bukan untuk bershopping, tapi untuk makan laksa yang teramatlah sedap. Hadoi! Kecur mulut saya bila memikirkan kuah laksa asam yang sedap tu. Nak lagi.....sedap weh!


Hamboi, kalo dok becerita memang xhabis2 la kan. Disini ada diselitkan gambar2 yang sempat di'snap' di Hari Raya.




Makanan disaji di rumah sebelah. Yunmmy2!



Me with Eims or Eimy or my younger sister. Do we look alike??



I drank ice cold water in the morning since the teapot was empty. See!



Kuah kacang and nasi impit for Raya. Yippie!

No comments:

Post a Comment