Wednesday, October 28, 2015

Never Judge Formula Feeding Mommies

Mak mana laa yang tak nak susukan anak kan? Pernah tak jumpa mak-mak yang sesaje je nak bagi formula, takde usaha langsung nak breastfeed anak dia yang baru lahir?

I rasa I patut share pasal ni..sebab I ada baca komen-komen meriahhh breastfeeding mommies kat FB. Seriously, kadang-kadang I rasa komen-komen ni sangat menjengkelkan. Punya laa nak buktikan kebaikan susu ibu berbanding dengan formula. I believe everyone is well-aware pasal benda ni, tak perlu lagi nak bertekak condemning mothers who don't breastfeed. Selalunya I tak nak ambil pusing, jauh sekali rasa dengki bila tengok mak-mak yang susunya meriah sakan. Tak pernah pun terkesan bila tengok mak-mak ni dok bercerita, ada tu siap upload lagi berbondong-bondong susu dalam freezer. I tumpang seronok ada laa..kan rezeki orang lain-lain.

I was looking forward to exclusively breastfeed Anas sejak dia dari dalam perut lagi. Memang banyak baca articles both online and offline, first time laa katakan..mana laa tau sangat. Ingat lagi first time I breastfeed Anas, punya laa teruja masa tu, sampai meleleh air mata *syahdu sangat. Masa tu I fikir breastfeed ni easy peasy, semua mak-mak yang baru bersalin mesti ada susu - tak pernah putus macam air paip. Tapi masa kat hospital lagi, I rasa hairan kenapa susu I macam takde. I siap panggil nurse sebab nak tau betul ke cara I breastfeed Anas, ke susu I memang takde ha-ha. Hambek kau, rasa menyesal terus bila dia picit breasts I sesungguh hati punya nak tunjukkan yang I ni ada susu. Huarghhh..sakitnya bukan kepalang, hengko tahu! Masa tu susu keluar manja-manja je, ala-ala titis-titis tembun di hujung daun *lols I fikir macam duhhh banyak tu je ke susu haku?! *rofl

Balik rumah, I ikut nasihat nurse untuk teruskan bf. The first night, mak dengan baby tidur lena tak sedaq habaq. Masuk hari kedua, Anas dah mula nangis. I pun makin kerap bf sebab I fikir dia nangis sebab dia lapar. Haih anak lelaki ni memang tazzabarrr! I perasan bila dia latched, dia isap-isap then dia unlatched, pastu sambung nangis. Dah menggelabah masa tu, risau fikir apa kena dengan anak haku. Bila I picit breasts I, I tengok cam sedeyyy je susu I - sama macam bila nurse tu picit. Masa pantang, arwah atok yang jaga (rindunya kat tok *tsk tsk) Dia pun naik hairan kenapa cicit dia asek nangis. Terus I suruh husband keluar cari formula. Nasib ada kedai yang bukak lagi malam-malam tu.

Never underestimate mak-mak macam I ni hokeh! Walaupun dah mula bagi formula, I tetap usaha untuk banyakkan susu sambil-sambil tengah dalam pantang. Memang I tak putus asa. I paksa husband I belikan I pam *sorry Sayang habehkan duit you -  sebab I fikir stimulation guna pam boleh banyakkan lagi susu I. I pam secara regularly hokeh, tapi nak dapat 2 oz. pun berpeluh. Sampai luka-luka, pun susu tak banyak. Hari-hari makan sayur sawi, daun pegaga, minum air jamu, makan kurma, chocolate, oats, minum teh kurma merah, minum herbal tea untuk milk booster dan banyak lagi! Macam-macam usaha I buat, sampai dua tukang urut I upah untuk urut I masa awal-awal lepas bersalin dan sebelum habis pantang. 

Sebab tu haku sakit hati bila dengar orang main sedap mulut cakap,

"Eh..tak setuju laa kalo orang cakap dia takde susu",

"Mindset je tu..kena lagi tekad nak susukan anak..banyakkan doa bla bla bla",

"Itu sebab urut tak betul tu..tukang urut tu tak pandai tu..",

"Bagi je anak tu isap, lama-lama nanti ada laa tu".

Tolong ingat I jugak berusaha, buat semua ni macam bf mommies yang lain. Cuma rezeki Allah bagi kat kita lain-lain. I tetap bersyukur sebab anak I membesar macam anak orang lain yang minum susu ibu - ikut perkembangan seiring usia, takde laa ikut perkembangan lembu ke kambing ke sebab diberi susu lembu atau kambing *mind you

Tolong jangan cakap kitorang yang bagi formula ni tak sayang anak sebab korang bukan tahu pun berapa kitorang berhabis, sampai 'garu kepala' untuk dapatkan susu yang betul-betul sesuai untuk anak kitorang. Toksah kira susahnya nak cari susu kalo anak ada masalah-masalah lain, contohnya eczema. Kami pun melalui proses yang memeningkan kepala, sama macam korang yang risau bebenau bila susu badan mula kurang. 

I tau ada macam-macam awareness campaign to support breastfeeding mommies. I takde laa tak kisah sekalipun I don't breastfeed my son, I lagi support breastfeeding ada laa..I tak pernah cakap pun yang breastfeeding ni tak bagus - it's undeniably the best untuk anak-anak kita. Tapi tak payah laa nak persoal mak-mak yang terpaksa bagi susu formula. Tak perlu nak kaitkan dengan DNA babi bagai-bagai. Tak perlu nak tempek segala hadis pasal breasfeeding ni - I sendiri pun tahu pasal semua ni dari sebelum mengandung lagi. Please don't be so critical and judgemental, jangan nak pandang keji sangat kat mak-mak yang bagi formula sebab macam I cakap..rezeki Allah bagi tu kan lain-lain..



No comments:

Post a Comment