Monday, May 6, 2013

In the search of baby carrier

Ini penyakit yang sentiasa menyerang saya setiap kali membaca blog-blog orang lain. Rasa macam rindu nak tot-tet-tot-tet type entry tapi bila dah separuh jalan, rasa macam "Ish...perlu ke aku publish ni?" dan terus 'Ctrl+A' dan 'Delete'. Seperti biasa juga, pabila tibanya hari yang boleh bersenang-lenang, masa ku selalu terbuang begitu sahaja. Dari minggu lepas dah set dalam kepala nak siapkan attendance untuk new students, key-in marks untuk quizzes dan sebagainya... dan bila tiba harinya, HAMMMPEH! Esok mula lah bikin kalut nak print itu ini. Harini pon rasa lemau semacam sebab semalam I stayed-up (kononnya!) menantikan keputusan Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia negaraku terchenta. Hakikatnya, tunggu sebab nak tau kot-kot diberikan cuti jadi boleh lah tido dengan aman tanpa memikirkan hari esok. Malangnya, pukul 1230AM dah tumbang. Bangun pagi tadi hubby kejutkan dengan berita kekalahan parti pembangkang ditambah perisa dengan berita tak dapat cuti. Rasa nak emosi je, tapi buat apa nak bunuh positive vibes di pagi hari? OK, saya poyo!

Kelmarin, sebelum berangkat ke rumah MIL, hubby ada usulkan untuk ke FM atau mana-mana  kedai yang ada menjual carrier. Carrier bukan nya hand carrier yang boleh attach kat stroller tu tapi baby carrier yang kita galas di depan/belakang tu. Masa mula-mula dulu, saya ingat carrier tidak sepenting sebuah stroller tapi rasa menyampah pulak selepas merasa sendiri kelecehan stroller yang nak kena attach/detach tu. Online survey sudah dibuat and in fact, dari dulu memang sangat berhajat untuk mendapatkan Baby Bjorn tapi bila tengok harga yang oh-so-ridiculous, hubby terus cadangkan brand lain. Ada betol nya disitu sebabnya, berapa lama sangat nak pakai baby carrier tu kan... Sikit hari lagi bila si kecik tu dah boleh bertatih, konfem dia nak prektis sendiri plus kalo dia tak sudi nak duduk dalam tu, tak ke rugi duit kitorang beli. Hubby ada mencadangkan beberapa brand lain dan harganya pon boleh dikatakan hampir sama dengan yang oh-so-ridiculous tu dan bagi saya, kualiti nya hampir sama.

Salah satu sebab saya suka berkunjung ke FM sebab dia boleh melayan kita macam kakak-kakak dia. Kita boleh request untuk cuba dulu sebelum beli and they are very helpful. Saya pilih untuk cuba SnuggBaby sebab harga dia masih boleh diterima akal cumanya they have very limited designs. Too bad hanya tinggal dua kotak dan warnanya yang saya kurang berkenan dihati. Paling penting Anas seems to like it. Nyanyi-nyanyi dia bila letak dalam carrier. Mungkin dia ingat saya dukung kot. Kalaulah ada designs yang menarik, mungkin ianya dah menjadi milikku. Sempat jugak survey Anas punya perkakasan untuk melangkah ke alam solids and the best part, they offer a really good bargain.

We went to BabeTotz as it's just a few doors away untuk survey baby carrier tapi takde SnuggBaby. Sempat jugak bertanya pasal Ergo. Mengikut pengalaman pemilik kedai, Ergo lebih selesa kalau dibandingkan dengan BabyBjorn. Tapi harganya walaweh...boleh tahan ye adik kakak! Sebenarnya it's slightly expensive than SnuggBaby tapi besar kemungkinan hati dah tertawan, so tak leh buat apa dah.

Kenapa kami mahukan carrier?

  1. Adakalanya stroller tidak lah begitu convenient. Ada sekali tu kitorang bawak Anas pergi pasar pagi. Dah lah leceh nak dapat parking, skali nak kena bukak boot kat parking sempit-sempit tu sebab nak pasang stroller untuk letak Anas. Benda paling saya  tak suka, bila ada orang nak masuk parking dan tertunggu-tunggu kita dok bertungkus lumus melipat stroller kat belakang kereta. Memang memakan masa beberapa minit untuk unfold/fold. Cer bayangkan kalo saorang diri bersama Anas? 
  2. Kalau pergi shopping, nak kena guna lif untuk naik/turun. Pengalaman paling tak best bila pergi tempat-tempat yang kedekut lif seperti di Wangsa Walk. Lepas tu kena pula berebut dengan orang-orang yang malas nak guna tangga/escalator. Yang best tu, tak langsung ada courtesy nak offer kita naik dulu, tak kira lah masa tu anak kita tengah bertukar menjadi raksasa. Duh! Pernah jugak buat slumber naik escalator, tapi rasa macam kurang selamat sebab ada budak suka dok meninjau-ninjau tu.
  3. Tak tahulah dengan anak orang lain, Anas saya ni jenis ikut angin jugak you! Time dia nak kita dukung, dia menangis lah sekuat hati sampai kita angkat dia. Last sekali, Mama jugak lah yang senget-senget dukung si daging. Kalo ada masa dia nak kat Papa dia, bolehlah saya tarik nafas lega dan tolak stroller kosong selaju-lajunya. Tapi time dia tak nak, memang redho je la...
  4. Bila boleh galas si kecik tu, boleh la jalan dengan freely. Susah tolak stroller bila pergi tempat yang ramai orang. Haritu masa pergi baby expo, macam nak berperang dah rasa. Strollers were everywhere. Pergerakan pon jadi terbatas sket. Jalan pon nak kena hati-hati sebab takot terlanggar orang.
  5. Dengan adanya carrier, tak perlu lah usung stroller kehulu kehilir lagi. Kadang-kadang tu, kesian dekat orang yang nak menumpang kereta, kena lah dok bersempit-sempit dengan diaper bag Anas kat belakang sebab dah tak cukup space untuk letak barang dalam boot. Ni baru Anas sorang, nanti-nanti kalo dah ada petambahan bilangan, acaner tu nak buat?


No comments:

Post a Comment