Tuesday, February 8, 2011

Apa yang perlu awak tahu....




Pesanan ini ditujukan khas untuk Cinta Hati saya


Muhammad Fariz bin Tajuddin

Tak sangka kan impian untuk sehidup semati dengan awak akhirnya tiba. Tak sabar sangat nak pegang title Mrs. Judang. Tehee... Bukan2, tak sabar sebenarnya nak jadi isteri awak. Jadi, bimbinglah saya ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Saya janji saya akan taat kepada awak sebab saya nak hidup dengan awak sampai kita dah kerepot. Saya nak awak yang pimpin saya bila saya dah tak larat lagi nak berjalan.
Walaupun saya dah jadi isteri awak, jangan lupa untuk bagi saya bunga. Saya tak mintak selalu. Cuma bagi saya bila awak teringatkan saya. Dulu awak selalu bagi bunga, sekarang macam dah jarang. Ingatlah, semua perempuan suka sangat kalau dapat bunga.
Saya sangat berbanga dengan pencapaian awak. Insya'allah dengan SAP lah awak berjaya bawa saya dan anak2 ke luar negara. Amin. Saya sentiasa doakan kejayaan awak dalam setiap bidang kerjaya atau minat yang awak ceburi.
Saya sangat berharap akan dimurahkan rezeki selepas kita dah bergelar suami isteri. Insya'allah kita akan dikurniakan zuriat yang sihat, cergas dan cerdas (itu juga rezeki!) Tapi janganlah pula beristeri dua, tiga dan empat bila poket dah tebal.
Saya bukan nak samakan awak dengan orang dalam gambar tu. Tapi saya suka dengan fesyen rambut awak. Itulah yang buat saya jatuh cinta kot bila saya mula2 tengok awak. Kelakarkan? Saya suka awak berambut pacak! *LOL*
"A guy with a fashion sense" It really describes you. Betul, awak sangat pandai bergaya. Saya suka gaya awak yang up-to-date. Saya suka bila awak buat saya nampak bergaya. Harap2 bila dah jadi suami saya, awak masih bergaya macam waktu bercinta.

Jangan fikir bukan2 OK, walaupun awak sendiri tahu hakikatnya.  Saya nak puji awak sebab awaklah teman saya diatas katil sepanjang kita hidup bersama. Awak yang akan tegokkan saya bila saya sakit, susah dan senang. Awaklah orang yang akan tahu sekuat mana saya berdengkur dan awaklah jugak satu2nya orang yang tahu macam mana cara saya tidur.


Walaupun kita sangat suka bertekak, saya janji saya xkan lagi tinggikan suara saya sebab awak nanti dah jadi suami saya. Berdosa kalau saya mengingkari awak. Jadi tolong tegur saya kalau saya ada buat salah.
Ini mungkin sedikit sebanyak yang  saya tahu pasal awak. Mungkin banyak lagi yang saya belum tahu. Tapi awaklah orang yang paling saya sayang. Awak separuh dari jiwa saya.

No comments:

Post a Comment