Friday, January 28, 2011

Dining-in@Secret Recipe

Susahkan kalau kita ni jenis-jenis atau spesis-spesis tido mati. Kalau orang Kedah, depa sebut "tidoq mampuih". Bukan apa, semenjak2 jadi tunangan orang ni, Encik Tunang rajin berpesan, "Lepas kawin je, tole dah nak bangun lambat2 over the weekend!" Alamak! Siap bagi warning lagi! Nampak sangat perangai aku xboleh dibendung. Asal tido je suke. Asal kene bangun awal muka nak emosi.  Macam mana nak curb yourself dari overslept huh? Malu lah kat mak dan ayah mertua nanti. Dalam hati mereka, "Rugi betol anak aku dapat bini cam menantu aku tu. Bangun lambat, xde sediakan sarapan. Kalau lah boleh jodohkan si FT tuh dengan anak Kak Mah belakang rumah, kompom terurus sket anak aku tu!" *Maaf, ini hanya rekaan sahaja.*

Ada satu pagi yang sangat seronok, sehari selepas menjadi tunangan orang, mama dengan ayah kejutkan kitorang untuk bangun bersarapan. Jangan salah sangka pulak! Mama pon malas hari tu nak bermain masak2 untuk membuat sarapan dipagi hari. Jadi, she asked us to get ready dan tugasan saya adalah untuk memikirkan tempat dimana kami boleh bersarapan. Waktu tu pon pagi dah nak masuk ke tengahari dah pon. Kira bukan 'breakfast' lagi dah, orang putih panggil 'brunch' sebab 'breakfast + lunch = brunch' lah kan! Tu pun xreti ke? Jadi, fikir punya fikir, mulut terasa nak makan roti canai. Bila roti canai, kepala terfikir roti tampal. Bila roti tampal, apa lagi... Kayu Nasi Kandaq la!

Habis makan, ayah ajak balik. Mama bebel dalam kereta waktu on the way back sebab suruh adik potong rambut. Ayah pon mama suruh potong rambut sebab both of them rambut dah panjang. Sampai saja di Sg. Buloh, ayah dah buat pilihan dalam hati nak pegi kedai mamak yang mana. Masa tu dah lalu depan Secret Recipe. Adik terus jeling2. Dalam hati menyumpah2 "Kompom adik nak ajak makan Secreto Recipioe hari neh". Tetiba, mama pon cakap, "We all tunggu you guys somewhere lah! Nanti we call you." Jadi mama pon mencadangkan SR untuk melepak sementara menunggu adik dah ayah selesai memotong rambut. 

Bila sampai, kena lagi sekali perah otak nak makan apa. Mama xmau makan sebab terlalu kenyang dengan nasi beriyani Kayu Nasi Kandaq. Masa tuh pon perut terasa kenyang sebab baru je lepas makan. Tapi sifat tamak haloba memang xdapat dibendung sama sekali. Sila lihat rajah dibawah. Ini semua hasilnya....

Ini dinamakan xikhlas bergambar!


Bila dah kena marah, barulah tersenyum. Kesian derang kene marah dengan anak sendiri.


Ini kerja Nabil. Xtau nak makan apa, karipap jadi pilihan hati.


Ini pula kerja saya. Mentang2 makan banyak mana pon, badan xnaik, main belasah je cheese cake though baru je lepas makan roti canai. Poor me!

No comments:

Post a Comment