Saturday, January 15, 2011

Kelebihan dan Kekurangan bila Tinggal dengan Ibubapa

Hmmmm....bila baca tajuk entry neh, what is the first thing that came into your mind? Adakah korang terbayang wajah ibubapa korang? Atau terbayang makanan yang enak2 yang disajikan ibu korang? Atau adakah korang fikir hmph! xde bayangan apa2 pon! Atau xtau nak bayangkan apa2 pon?

Ini bukanlah untuk menidakkan facts yang seronoknye bila dapat tengok ibubapa korang setiap hari sebelum ke sekolah/kerja. Seronok kan kalau dapat bersarapan bersama2 dan berborak kosong di pagi hari. Tapi ada juga dikalangan2 korang2 (termasuk aku!) kurang selesa bila tinggal bersama. Bukan kurang selesa sebab tole suka2 buat apa2 ikot kepala sendiri tapi adalah benda yang kureng disitu. Kan? Xpe, kalau xsetuju pon, geleng kepala atau nak angguk pon aku xkesah =)

Bila dah membebel sorang2 camni, memang tole stop langsung tulis craps. Apa kata kita mulakan brainstorming bersama2. OK? Mungkin ramai yang kurang setuju dengan apa yang aku akan sampaikan dibawah tapi pikir2 lah sendiri kenapa kalau xsetuju. Mungkin korang anak emas mak ayah atau anda memang suka makan berak ditanggung kedua orang tua. Jangan marah OK!

First thing first, apa kata kita cakap pasal kelebihan. Syok neh cakap pasal ape yang lebih, apa yang kita suka!

  1. Best sangat bila balik rumah penat2 lepas sekolah/kerja, ada makanan yang dah tersedia diatas meja. Lepas tu, tunggu je mak/ayah cakap "Nak makan, makanlah...." Apa lagi, teruslah makan, xkan nak cakap dah kenyang or dah makan kan? Lagipun kenyang mana pon korang, mestilah kene cuit2 sket nak jaga hati dorang.
  2. Best sangat kalau balik2, dah ada baju yang dah berlipat di dalam bakul. Tinggal nak letak atau susun dalam almari je.
  3. Best sangat kalau pagi2 dah ada mak buatkan sarapan pagi. Biarlah bangun ngam2 je untuk mandi dan head off to work. LOL. Selalu buat macam neh! Diriku sangat malas sekali untuk buat secawan milo untuk alas perut. *wink-wink*
  4. Best sangat kalo mak tanya menu untuk makan. Kadang2 she's out of idea nak masak apa. Jadi bila dah xtahu, terus calling2 tanya nak makan apa. Kita pon apa lagi kan? Order lah nak itu ini...isk3. *geleng-geleng kepala*
  5. Best sangat kalau ada orang yang boleh drive you around. Contohnya, kalau nak pegi sekolah, mak/ayah yang hantar dan amik. Xyah susah jalan kaki, kayuh beskal atau naik bas sekolah. 
  6. Best sangat kalau ada mak/ayah yang memahami apabila diperlukan. Contoh yang patut diberi, mak akan bekalkan makanan kalau dia tau anak ye dah habis membelanjakan gaji. Sebelum pegi sekolah/keje, dah siap2 ada bekal yang ye hulur waktu salam2 cium2. 
  7. Best sangat kalau mak/ayah jadi jam loceng setiap pagi. Hahahaha. Ini yang dialami aku. Pagi2 ada orang kejut, gegar2 pintu bilik. Alarm handphone tole pakai kalau tido mati macam aku neh. 
  8. Best sangat kalau2 pagi2 dah ada baju tergantung kat almari, dah siap digosok. Huish....seronoknyea xyah berpeluh2 gosok berhelai2 baju setiap weekend. 
  9. Best sangat kalau mak dah tukar cadar dan sarung bantal. Xyah tunggang langgang buat sendiri sampai gaduh2 dengan adik beradik yang lain.
  10. Best sangat kalau derang (parents) ada banyak masa nak diluangkan bersama. I mean bukan setakat makan sama2, tapi main bowling sama2, tengok wayang sama2, memancing sama2 (memancing? so NOT my parents!) atau ape2 je lah!
We will now move on dengan kekurangan. Mungkin ada yang xsuka tapi ini adalah hakikatnya. Tapi semua neh tole lawan sebab kalau lawan cakap ibubapa dah dikira anak derhaka. 
  1. Xsuka kalau dorang susah hati fikir mana anak ye pegi. Tole balik lewat sangat sebab silap2 tido la depan pintu rumah tu.
  2. Xsuka kalau dorang kena bagi duit lagi. Itu dah kira susahkan dorang. Kesian kadang2 tu walaupun duit belanja berbaki RM0.0sen.
  3. Xsuka kalau dorang agak mengongkong. Tapi jangan salah anggap, parents aku memang xpernah nak kongkong aku dengan adik2. Cuma kadang2 tu dorang risaukan keselamatan kita.
  4. Xsuka kalau parents membebel xberenti. Bukan tole kalau nak ditegur tapi kadang2 tu, kita perlukan masa untuk diri sendiri. Weekend mesti nak chill out sekali sekala.
  5. Xsuka kalau parents yang jenis kedekut dan berkira dengan anak2. Tapi anak2 kena jugak fikir2 kan kalau2 dorang sangat berkira dengan parents sendiri. 
  6. Xsuka kalau dorang fikir cakap dorang je yang betol. Xnak langsung terima pendapat kita. 
  7. Xsuka kalau parents decide itu dan ini demi masa depan anak2. Jenis kalau boleh nak kira (kawinkan) dengan anak jiran sebelah rumah sedangkan anak jiran tu perangai serupa tutt...
  8. Xsuka kalau parents jenis percaya cakap orang lain. Asal ada orang fitnah anak sendiri, hati mula xtenteram tapi xnak siasat langsung.
  9. Xsuka kalau parents jenis sibuk 24/7 sampai xde masa nak makan bersama.
  10. Xsuka parents yang suka puji anak orang lain tapi anak sendiri depan mata buat2 xnampak. Anak jiran tu je yang ye nampak pandai sangat belajar overseas, sedangkan balik jauh2, tanam anggur jugak.

No comments:

Post a Comment